Selasa, 27 Mei 2008

SSR 25-PEMBUKAAN KOTA MAKKAH

Buku 25 Apakah perjanjian Hudaibiah dicabuli, Rasulullah S.A.W. memimpin pasukan muslimin menuju ke Makkah. Kaum musyrikin kini dalam ketakutan. Rasulullah S.A.W. dan kaum muslimin memasuki kota Makkah dengan penuh kesyukuran. Segala berhala dimusnahkan. Kebenaran telah terserlah. Dengan kasih sayang yang ditunjukan oleh Rasulullah S.A.W., kaum Quraisy memeluk Islam beramai-ramai.

SSR 24-SERUAN KEISLAMAN

Buku 24 Rasulullah S.A.W. menghantar utusan kepada para pemerintah seperti Kisra Parsi, Kaisar Rom, Muqauqis dan Najasyi. Pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang menerima, menolak dengan baik dan ada pula yang menentang. Bermulalah seruan Islam ke seluruh dunia. Siapakah yang menerima seruan keislaman Rasulullah S.A.W. ?

SSR 23-PANJI ISLAM DI MU'TAH

Buku 23 Pasukan Islam yang sedikit berhadapan pasukan Rom dan sekutunya yang berlipat kali ganda ramainya. Setelah tiga panglima yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W. gugur syahid, pasukan muslimin melantik Khalid al-Walid r.a. sebagai panglima. Kebijaksanaan beliau menyelamatkan pasukan Islam daripada kehancuran. Apakah gelaran yang diberikan kepada Khalid al-Walid r.a.?

SSR 22-PAKATAN YAHUDI

Buku 22 Ketika Perang Ahzab, kaum Yahudi Khaibar memberi bantuan peralatan perang kepada Tentera Ahzab, Allah S.W.T. memerintahkan Rasulullah S.A.W. memerangi kaum Yahudi Khaibar untuk menghapuskan ancaman mereka terhadap Islam. Walupun jumlah mereka ramai dan mempunyai kubu yang kukuh, akhirnya mereka berjaya ditewaskan. Maka berakhirlah ancaman kaum Yahudi terhadap Islam di Madinah.

SSR 21-HIKMAH HUDAIBIAH

Buku 21 Rasulullah S.A.W. beserta 1500 orang kaum muslimin. Namun niat mereka dihalang oleh kaum musyrikin. Apabila mendengar kaum muslimin berbaik dengan Rasulullah S.A.W., kaum musyrikin meminta diadakan rundingan. Perjanjian Hudaibiah dimertai. Walupun kelihatan merugikan, sebenarnya Hudaibiah mengandungi hikmah yang banyak. Apakah hikmah tersebut?

SSR 20-API DALAM SEKAM

Buku 20
Kegagalan pakatan tentera Ahzab dan Yahudi Bani Quraizah untuk menghancurkan Islam mengecewakan mereka. Dendam mereka terhadap Rasulullah S.A.W. dan kaum muslimin tidak pernah padam. Pelbagai cara meraka lakukan untuk memecah belahkan kaum muslimin dari dalam. Bahkan keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri tidak terlepas daripada kejahatan fitnah mereka. Siapakah mereka?

SSR 19-KUBU PENYELAMAT

Buku 19
Hasil cadangan Salman al-Farisi r.a. kubu parit dibina untuk menghalang kemaraan pasukan Ahzab. Muslihat peperangan yang belum pernah dilihat oleh bangsa Arab itu berjaya menghalang kemaraan musuh. Keimanan kaum Muslimin diuji sebegitu hebat. Yahudi Bani Quraizah pula mengkhianati perjanjian dan menjadi musuh dalam selimut. Namun Allah S.W.T. membantu kaum muslimin dengan cara yang tidak diduga.

SSR 18-IKTIBAR UHUD

Buku 18
Kekalahan di Badar adalah sesuatu yang sangat memalukan kaum musyrikin. Kini mereka mara untuk menebus maruah. Dengan kekuatan seramai 1000 orang mereka mara menuju ke Uhud. Keingkaran sebahagian pasukan pemanah terhadap perintah Rasulullah S.A.W. mengakibatkan tragedi menimpa pasukan muslimin. Bagaimanakah kesudahannya?

SSR 17-KEMENANGAN BESAR

Buku 17
Dengan kekuatan tentera seramai 1000 orang kaum musyrikin mara untuk menghadapi pasukan muslimin yang berjumlah 313 orang. Berlakulah peperangan pertama dalam Islam. Dengan izin Tuhan, kekuatan iman berjaya mengalahkan kekuatan lahirnya. Bantuan ghaib dari langit turut membantu pasukan muslimin. Perang Badar adalah bukti pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat r.a. dalam menegakkan Islam.

SSR 16-LAMBAIAN MADINAH

Buku 16 Peristiwa Hijrah adalah lembaran baru dalam perjuangan Islam. Ketibaan Rasulullah S.A.W. disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Baginda membina masjid, mempersaudarakan puak Aus dan Khazraj dan merangka Perlembagan Madinah. Rasulullah S.A.W. dilantik sebagai Ketua Negara. Peristiwa Hijrah juga menjadi titik permulaan kalender Islam. Bilakah tarikh berlakunya peristiwa Hijrah?

SSR 15-PAKATAN QURAISY

Buku 15 Kaum musyrikin telah bersepakat untuk membunuh Rasulullah S.A.W.. Namun Allah Maha Bijaksana. Rasulullah S.A.W. menerima wahyu agar berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq. Maka gagallah niat jahat kaum musyrikin. Ketika berada di Gua Thur, Allah S.W.T. mengilhamkan kepada sepasang merpati dan seekor labah-labah untuk menyelamatkan mereka berdua. Berapa harikah mereka disana?

SSR 14-PERISTIWA SATU MALAM

Buku 14
Ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W. menempuh suatu perjalanan yang luar biasa dan menyaksikan pelbagai perkara yang menakjubkan. Rasulullah S.A.W. dianugerahkan kemuliaan dan menerima kefarduan solat. Ketika kaum musyrikin mentertawakan Rasulullah S.A.W., seorang sahabat menyatakan keyakinan beliau terhadap baginda. Rasulullah S.A.W. memberi gelaran ‘as-Siddiq’ kepadanya. Siapakah beliau?

SSR 13-TAHUN KESEDIHAN

Buku 13 Kesan daripada permulauan tersebut, Siti Khadijah r.a. jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Tidak lama selepas itu, Abu Talib pula meninggal dunia. Kini Rasulullah S.A.W. kehilangan dua insan yang tersayang dan pembela perjuangan baginda. Namun Rasulullah S.A.W. tetap gigih memperjuangkan Islam. Baginda ke Taif dengan harapan penduduk Taif menerima seruan kebenaran. Bagaimanakah sambutan penduduk Taif?

SSR 12-JASA ANAI-ANAI

Buku 12 Islam semakin bertambah kuat dengan islamnya Ummar al-Khattab r.a. Kaum musyrikin bertindak memulaukan kaum muslimin dalam semua urusan termasuk jual beli dan perkahwinan. Suatu surat perjanjian digantung di dalam Ka'abah. Selama 3 tahun kaum muslimin menderita. Dengan kekuasaan Allah S.W.T.,berlaku suatu peristiwa menyebabkan pemulauan itu dibatalkan. Apakah peristiwa itu?

SSR 11-NAJASYI YANG BUDIMAN

Buku 11 Kaum musyrikin Quraisy mula bertindak terhadap Rasulullah S.A.W. dan menyeksa kaum muslimin. Rasulullah S.A.W. menggalakkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan iman. Di sana mereka mendapat pelindungan Raja Najasyi yang baik hati. Apakah tindakan kaum musyrikin Quraisy seterusnya?