Memaparkan catatan dengan label Siri Sayangi Rasulullah (SSR). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siri Sayangi Rasulullah (SSR). Papar semua catatan

Isnin, 5 April 2010

Siri Sayangi Rasulullah - Bahasa Inggeris (30 Judul)




















  • ISBN : 983-2239-92-3
  • Kategori: KANAK-KANAK
  • Harga Sem. Malaysia - RM237.00
  • Harga Sabah/Sarawak - Sila hubungi kami.

Siri Sayangi Rasulullah - Jawi (30 Judul)





















  • ISBN : 983-2239-81-8
  • Kategori: KANAK-KANAK
  • Harga Sem. Malaysia - RM237.00
  • Harga Sabah/Sarawak - Sila hubungi kami.
  • Judul-judul sama seperti SSR BM

Selasa, 27 Mei 2008

Siri Sayangi Rasulullah

Siri Sayangi Rasulullah mempunyai 30 buah buku. Siri ini terdapat dalam versi Melayu,Jawi dan Inggeris. Tajuk-tajuk buku di bawah siri ini seperti berikut :

1. Kehancuran Tentera Bergajah
2. Kelahiran Insan Agung
3. Bayi Pembawa Berkat
4. Menumpang Kasih
5. 'Al-Amin' Remaja Teladan
6. Muhammad S.A.W. Berkeluarga
7. Peristiwa Di Ka'abah
8. Wahyu Pertama
9. Nur Islam
10. Seruan Kepada Quraisy
11. Najasyi Yang Budiman
12. Jasa Anai-anai
13. Tahun Kesedihan
14. Peristiwa Satu Malam
15. Pakatan Quraisy
16. Lambaian Madinah
17. Kemenangan Besar
18. Iktibar Uhud
19. Kubu Penyelamat
20. Api Dalam Sekam
21. Hikmah Hudaibiah
22. Pakatan Yahudi
23. Panji Islam Di Mu'tah
24. Seruan Keislaman
25. Pembukaan Kota Makkah
26. Bersatu Teguh
27. Gerakan Ke Tabuk
28. Pesanan Terakhir
29. Kewafatan Rasulullah S.A.W.
30. Kegemilangan Islam

Penerbit : Pustaka Yamien Sdn. Bhd.
ISBN : 983-2239-47-8
Harga : RM 7.90 (Semenanjung)/RM 10.90 (Sabah/Sarawak)
Harga satu set (30 buku) : RM 237.00
Diskaun 10% + Penghantaran percuma
Harga Jualan : RM 213.30


SSR 30-KEGEMILANGAN ISLAM

Buku 30Perjuangan Rasulullah S.A.W. diteruskan oleh para sahabat r.a.. Mereka bertebaran di seluruh pelusuk dunia mengembangkan Islam. Selepas 700 tahun berlalu, umat Islam menjadi lembut apabila mereka ditimpa penyakit cinta dunia dan takut mati. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa di akhir zaman, Islam akan kembali gemilang. Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan memimpin ‘ kebangkitan Islam kali kedua’ sebelum kiamat berlaku.

SSR 29-KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Buku 29Suatu hari Rasulullah S.A.W. jatuh sakit. Kesemua isteri baginda berkumpul. Tiada tanda-tanda baginda akan sembuh. Azan berkumandangan “Suruhlah Abu Bakar menjadi imam,” kata baginda. Walaupun tidak menjadi imam, baginda tetap ingin solat berjemaah. Pulang dari solat, baginda semakin tenat. Apakah yang telah terjadi?

SSR 28-PESANAN TERAKHIR

Buku 28Pada 10 Hijrah, Rasulullah S.A.W. dan kaum muslimin Madinah menunaikan haji ke Makkah. Baginda membawa bersama-sama kesemua isteri baginda. Haji ini dikenali sebagai Haji Wida’ (Haji Perpisahan). Ketika berkhutbah di Arafah, Rasulullah S.A.W. menyampaikan pesanan terakhir baginda untuk seluruh kaum muslimin. Allah S.W.T. juga mewahyukan tentang kesempurnaan Islam. Apakah pesanan Rasulullah S.A.W. itu?

SSR 27-GERAKAN KE TABUK

Buku 27

Keimanan kaum muslimin diuji lagi apabila Rasulullah S.A.W. meminta bersedia untuk menempuh perjalanan yang jauh. Sedangkan ketika itu muslim kemarau dan buah-buahan sudah sedia untuk dipetik. Para sahabat r.a. berlumba untuk mengorbankan harta mereka termasuk kaum muslimah. Siapakah yang mengorbankan seluruh hartanya?

SSR 26-BERSATU TEGUH

Buku 26 Sebahagian kaum muslimin yang baru memeluk Islam berbangga dengan bilangan tentera yang ramai. Serangan mengejut kabilah Hawazin hampir membawa padah. Hanya keimanan yang sejati mengubah suasana peperangan. Melihatkan bantuan Tuhan kepada kaum muslimin, beberapa pemimpin Quraisy yang masih belum Islam akhirnya beriman.

SSR 25-PEMBUKAAN KOTA MAKKAH

Buku 25 Apakah perjanjian Hudaibiah dicabuli, Rasulullah S.A.W. memimpin pasukan muslimin menuju ke Makkah. Kaum musyrikin kini dalam ketakutan. Rasulullah S.A.W. dan kaum muslimin memasuki kota Makkah dengan penuh kesyukuran. Segala berhala dimusnahkan. Kebenaran telah terserlah. Dengan kasih sayang yang ditunjukan oleh Rasulullah S.A.W., kaum Quraisy memeluk Islam beramai-ramai.

SSR 24-SERUAN KEISLAMAN

Buku 24 Rasulullah S.A.W. menghantar utusan kepada para pemerintah seperti Kisra Parsi, Kaisar Rom, Muqauqis dan Najasyi. Pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang menerima, menolak dengan baik dan ada pula yang menentang. Bermulalah seruan Islam ke seluruh dunia. Siapakah yang menerima seruan keislaman Rasulullah S.A.W. ?

SSR 23-PANJI ISLAM DI MU'TAH

Buku 23 Pasukan Islam yang sedikit berhadapan pasukan Rom dan sekutunya yang berlipat kali ganda ramainya. Setelah tiga panglima yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W. gugur syahid, pasukan muslimin melantik Khalid al-Walid r.a. sebagai panglima. Kebijaksanaan beliau menyelamatkan pasukan Islam daripada kehancuran. Apakah gelaran yang diberikan kepada Khalid al-Walid r.a.?

SSR 22-PAKATAN YAHUDI

Buku 22 Ketika Perang Ahzab, kaum Yahudi Khaibar memberi bantuan peralatan perang kepada Tentera Ahzab, Allah S.W.T. memerintahkan Rasulullah S.A.W. memerangi kaum Yahudi Khaibar untuk menghapuskan ancaman mereka terhadap Islam. Walupun jumlah mereka ramai dan mempunyai kubu yang kukuh, akhirnya mereka berjaya ditewaskan. Maka berakhirlah ancaman kaum Yahudi terhadap Islam di Madinah.

SSR 21-HIKMAH HUDAIBIAH

Buku 21 Rasulullah S.A.W. beserta 1500 orang kaum muslimin. Namun niat mereka dihalang oleh kaum musyrikin. Apabila mendengar kaum muslimin berbaik dengan Rasulullah S.A.W., kaum musyrikin meminta diadakan rundingan. Perjanjian Hudaibiah dimertai. Walupun kelihatan merugikan, sebenarnya Hudaibiah mengandungi hikmah yang banyak. Apakah hikmah tersebut?

SSR 20-API DALAM SEKAM

Buku 20
Kegagalan pakatan tentera Ahzab dan Yahudi Bani Quraizah untuk menghancurkan Islam mengecewakan mereka. Dendam mereka terhadap Rasulullah S.A.W. dan kaum muslimin tidak pernah padam. Pelbagai cara meraka lakukan untuk memecah belahkan kaum muslimin dari dalam. Bahkan keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri tidak terlepas daripada kejahatan fitnah mereka. Siapakah mereka?

SSR 19-KUBU PENYELAMAT

Buku 19
Hasil cadangan Salman al-Farisi r.a. kubu parit dibina untuk menghalang kemaraan pasukan Ahzab. Muslihat peperangan yang belum pernah dilihat oleh bangsa Arab itu berjaya menghalang kemaraan musuh. Keimanan kaum Muslimin diuji sebegitu hebat. Yahudi Bani Quraizah pula mengkhianati perjanjian dan menjadi musuh dalam selimut. Namun Allah S.W.T. membantu kaum muslimin dengan cara yang tidak diduga.

SSR 18-IKTIBAR UHUD

Buku 18
Kekalahan di Badar adalah sesuatu yang sangat memalukan kaum musyrikin. Kini mereka mara untuk menebus maruah. Dengan kekuatan seramai 1000 orang mereka mara menuju ke Uhud. Keingkaran sebahagian pasukan pemanah terhadap perintah Rasulullah S.A.W. mengakibatkan tragedi menimpa pasukan muslimin. Bagaimanakah kesudahannya?

SSR 17-KEMENANGAN BESAR

Buku 17
Dengan kekuatan tentera seramai 1000 orang kaum musyrikin mara untuk menghadapi pasukan muslimin yang berjumlah 313 orang. Berlakulah peperangan pertama dalam Islam. Dengan izin Tuhan, kekuatan iman berjaya mengalahkan kekuatan lahirnya. Bantuan ghaib dari langit turut membantu pasukan muslimin. Perang Badar adalah bukti pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat r.a. dalam menegakkan Islam.

SSR 16-LAMBAIAN MADINAH

Buku 16 Peristiwa Hijrah adalah lembaran baru dalam perjuangan Islam. Ketibaan Rasulullah S.A.W. disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Baginda membina masjid, mempersaudarakan puak Aus dan Khazraj dan merangka Perlembagan Madinah. Rasulullah S.A.W. dilantik sebagai Ketua Negara. Peristiwa Hijrah juga menjadi titik permulaan kalender Islam. Bilakah tarikh berlakunya peristiwa Hijrah?

SSR 15-PAKATAN QURAISY

Buku 15 Kaum musyrikin telah bersepakat untuk membunuh Rasulullah S.A.W.. Namun Allah Maha Bijaksana. Rasulullah S.A.W. menerima wahyu agar berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq. Maka gagallah niat jahat kaum musyrikin. Ketika berada di Gua Thur, Allah S.W.T. mengilhamkan kepada sepasang merpati dan seekor labah-labah untuk menyelamatkan mereka berdua. Berapa harikah mereka disana?

SSR 14-PERISTIWA SATU MALAM

Buku 14
Ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W. menempuh suatu perjalanan yang luar biasa dan menyaksikan pelbagai perkara yang menakjubkan. Rasulullah S.A.W. dianugerahkan kemuliaan dan menerima kefarduan solat. Ketika kaum musyrikin mentertawakan Rasulullah S.A.W., seorang sahabat menyatakan keyakinan beliau terhadap baginda. Rasulullah S.A.W. memberi gelaran ‘as-Siddiq’ kepadanya. Siapakah beliau?